Job description
1. Bertanggungjawab dalam pembangunan produk makanan.2. Menyediakan pelan strategi serta fasa pembangunan bagi setipa produk makanan baharu.
3. Bertanggungjawab dalam memastikan sebarang ujian makmal yang dijalankan adalah mengikut piawaian serta prosedur yang berkaitan.
4. Menyelenggara pangkalan data R & D merangkumi ujian-ujian makmal, ramuan serta maklumat-maklumat lain yang berkaitan.
5. Bertanggungjawab dalam menjalankan kajian pasaran, trend semasa pembangunan produk dan kajian-kajian yang berkaitan dengan perniagaan syarikat.
6. Bertanggungjawab dalam mengenalpasti serta memastikan kos bahan mentah untuk produk makanan baharu dan sedia ada adalah pada kadar yang kompetitif dan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.
7. Menyediakan anggaran kos bagi setiap cadangan produk-produk makanan baharu.
8. Memantau dan melaksanakan penilaian ke atas prestasi produk-produk baharu khususnya melalui maklumbalas daripada pelanggan.
9. Bekerjasama dengan Jurutera bagi memastikan pembelian mesin pengeluaran produk adalah yang diperlukan oleh syarikat.
10. Bertanggungjawab dalam menyediakan SOP bagi pembangunan produk-produk baharu.
11. Bertanggungjawab dalam menyediakan laporan bagi membantu Pengurusan Tertinggi membuat keputusan.
12. Bertanggungjawab dalam melaksanakan apa-apa tugas yang diarahkan oleh pihak atasan dari semasa ke semasa.
Faiza Food Industries Sdn. Bhd. (FFISB) ditubuhkan pada 29 Mei 2009 dan mula beroperasi pada bulan April 2011. Pada Jun 2011 FFISB mengeluarkan produk utamanya iaitu bihun melalui ujian makmal dengan resipi yang dihasilkan sendiri. Bihun yang dihasilkan 100% diproses menggunakan mesin agar kualiti, kebersihan dan kesucian dapat dikawal sepanjang masa berbanding kaedah konvensional. Bihun yang dihasilkan tanpa menggunakan bahan pengawet dan bebas kolestrol ini lebih putih dan mempunyai kualiti yang lebih bermutu tinggi.
Produk utama yang dikeluarkan adalah bihun Faiza 400gm diikuti dengan produk bihun segera yang dikomersialkan. Mempunyai dua perisa iaitu tomyam dan sup dan telah dipasarkan pada Januari 2012.
Kini, FFISB mempunyai 10 produk iaitu Bihun 400gm, Bihun Segera, Bihun Segera Cawan, Ketupat Segera, Bubur Herba, Bihun Siam, Tepung Gandum, Kicap, MSG dan Madu. Terhasilnya produk dari FFISB ini menambahkan profil produk Syarikat Faiza Sdn. Bhd. (SFSB) yang memenuhi produk kelengkapan dapur rakyat Malaysia.
Selain produk makanan, FFISB kini turut mengembangkan perniagaan dalam bidang pengangkutan yang turut menambahkan lagi pendapatan kepada syarikat.
Bachelor's or Equivalent
dudleyanddudleyllc.com is the go-to platform for job seekers looking for the best job postings from around the web. With a focus on quality, the platform guarantees that all job postings are from reliable sources and are up-to-date. It also offers a variety of tools to help users find the perfect job for them, such as searching by location and filtering by industry. Furthermore, dudleyanddudleyllc.com provides helpful resources like resume tips and career advice to give job seekers an edge in their search. With its commitment to quality and user-friendliness, dudleyanddudleyllc.com is the ideal place to find your next job.