PENOLONG PENGURUS PENTADBIRAN DAN PEMASARAN DALAM TALIAN

Full Time
Sungai Petani
Posted
Job description
1. DESKRIPSI KERJA
  • Mahir menguruskan pemasaran dalam talian iaitu ‘Shopee Seller Centre’ dan
‘Lazada Seller Centre’
  • Peka terhadap ‘withdrawal income’ di Shopee dan Lazada
  • Mempunyai kemahiran dalam mengendalikan aplikasi editing seperti canva,
remove bg dll.
  • Perlukan idea yang kreatif untuk menghasilkan iklan yang menarik
  • Menguruskan posting di platform ‘Facebook’ dan ‘Instagram’ dua kali
seminggu
  • Menguruskan sistem pemfailan
  • Merekod buku akaun harian
  • Menguruskan cek matang untuk dibank in
  • Multitasking
2. KELAYAKAN
  • SPM dan Diploma terutama dalam jurusan Perniagaan atau yang berkaitan
  • Mempunyai pengalaman atau ‘fresh graduate’ dialu-alukan untuk mencuba
  • Boleh menerima segala bentuk arahan dan bekerjasama antara satu sama lain
  • Bekerja dalam bentuk pasukan/kumpulan
  • Boleh bekerja lebih masa jika perlu
  • Boleh berkomunikasi dengan baik dan dapat memberi pendapat serta
mencurahkan idea-idea yang bernas

3. KELEBIHAN MENYERTAI TEAM SSB
Gaji RM1,500.00
EPF dan SOCSO disediakan
Dapat meningkatkan kemahiran pengetahuan dalam perniagaan
Latihan disediakan secara minima

4. Maklumat tambahan
Waktu bekerja jam: 9.00 Pagi hingga 6.00 Petang
Hari Bekerja : Sabtu hingga Khamis (Jumaat Cuti)
Tidak membatalkan permohonan jawatan di saat-saat akhir
Penginapan dan kenderaan tidak disediakan
Keutamaan bagi Penduduk Sekitar Sungai Petani
Syarikat setiabumi bersaudara ini menyediakan perkhidmatan pemborong,pembekal pelbagai barangan hardware,pertanian dan lain-lain lagi

Syarikat Setiabumi Bersaudara meluaskan aktiviti sebagai pemborong, pembekal, dan pengedar pelbagai produk IKS(SMI) seperti :

Hardware: Peralatan pertukangan (Tools)

Peralatan Pertanian : Getah dan Sawit seperti Pisau Toreh, Cawan, Dawai, Batu Asah, Sudu, Ethepon,Cop Sawit dan Sabit.

Barang-barang Kebersihan : Penyakar, Penyodok Sampah,Baldi dan lain-lain.

Barang-barang Besi : Parang, Golok, Sabit dan lain-lain

Kasut: Kasut Boot GOCO,Kuning, Selipar.

Fokus syarikat pada tahun ini (2016) adalah barang Hardware (D.I.Y), Peralatan Pertanian (Getah & Sawit), dan peralatan untuk kerja-kerja pembersihan dan perkebunan.

Pelanggan dan bakal pelanggan syarikat terdiri daripada:
Kedai-kedai hardware,pasaraya,pasarmini dan kedai runcit.
Pusat-pusat pengajian seperti tadika/pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, maktab/institusi perguruan,kolej komuniti,politeknik dan universiti.
Agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun seperti Majlis Perbandaran, Majlis Daerah,Pejabat Daerah,Pusat Serenti,INTAN,FELCRA,FELDA,RISDA,LGM,AADK dan FRIM.
Mulai Oktober 2010 hingga sekarang, syarikat menjadi pembekal tetap kepada Environment Idaman dan Green Resource Recovery Sdn. Bhd.,syarikat swasta yang mengendalikan kerja-kerja pembersihan dan pembuangan sisa pepejal bagi pihak Majlis Perbandaran dan Kerajaan
Diploma / Advanced Diploma / Higher Graduate Diploma / DVM / DKM Level 4 / DLKM Level 5

dudleyanddudleyllc.com is the go-to platform for job seekers looking for the best job postings from around the web. With a focus on quality, the platform guarantees that all job postings are from reliable sources and are up-to-date. It also offers a variety of tools to help users find the perfect job for them, such as searching by location and filtering by industry. Furthermore, dudleyanddudleyllc.com provides helpful resources like resume tips and career advice to give job seekers an edge in their search. With its commitment to quality and user-friendliness, dudleyanddudleyllc.com is the ideal place to find your next job.

Intrested in this job?