Pegawai Pemasaran (Cawangan Dungun)
Full Time
Dungun
Posted
Job description
1) Bertanggungjawab melaksanakan usaha-usaha promosi dan pemasaran.2) Mencapai tahap jualan yang telah ditetapkan.
3) Memberi bantuan dan kerjasama di peringkat cawangan di dalam menjayakan aktiviti promosi dan pemasaran;
4) Mengatur program penyampaian dan agihan “Marketing Materials” yang berkesan kepada pelanggan;
5) Menjalankan kajian ke atas pasaran produk perbankan setempat dan mengenalpasti peluang-peluang pemasaran yang ada;
6) Mengawasi dan mengenalpasti aktiviti pemasaran pesaing-pesaing dalam industri perbankan;
7) Bertanggungjawab membuat analisa keberkesanan aktiviti-aktiviti pemasaran yang dilaksanakan.
Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad adalah sebuah bank koperasi yang ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 dan didaftarkan pada 7 Jun 1950 dengan nama asalnya "The Province Wellesley Co-operative Banking Union Limited". Pada tahun 1959 nama tersebut telah ditukarkan kepada Bank Persatuan Kerjasama Seberang Perai Berhad dan seterusnya pada tahun 1995 telah ditukarkan kepada nama Koperasi Bank Persatuan Malaysia Berhad dan pada tahun 2014 nama tersebut telah ditukarkan kepada nama Koperasi Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad.
Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Co-opbank Persatuan ke-59 pada 29 April 2018 telah meluluskan pindaan Undang-Undang Kecil (UUK) CBP yang melibatkan pertukaran nama CBP dari Koperasi Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad kepada Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad.
Visi
Menjadi Co-opbank Syariah Terunggul Di Malaysia
Misi
Kami komited untuk menyediakan perkhidmatan kewangan kepada komuniti bagi: -
1) Memberikan pulangan terbaik kepada pelanggan dan anggota
2) Meningkatkan kebajikan anggota
3) Menawarkan produk-produk perbankan yang kompetitif dengan penuh integriti
4) Mengamalkan nilai-nilai teras dalam prinsip koperasi
Diploma / Advanced Diploma / Higher Graduate Diploma / DVM / DKM Level 4 / DLKM Level 5
dudleyanddudleyllc.com is the go-to platform for job seekers looking for the best job postings from around the web. With a focus on quality, the platform guarantees that all job postings are from reliable sources and are up-to-date. It also offers a variety of tools to help users find the perfect job for them, such as searching by location and filtering by industry. Furthermore, dudleyanddudleyllc.com provides helpful resources like resume tips and career advice to give job seekers an edge in their search. With its commitment to quality and user-friendliness, dudleyanddudleyllc.com is the ideal place to find your next job.