Job description
DESKRIPSI TUGASa) Membantu menguruskan kenderaan jabatan dan pergerakan Ketua Pegawai Eksekutif serta pegawai RAC ke destinasi yang diperlukan mengikut jadual yang ditetapkan;
b) Memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan bersih;
c) Memastikan kenderaan diselenggara mengikut jadual yang ditetapkan;
d) Menjalankan pemanduan dengan berhemah;
e) Mematuhi peraturan lalu lintas dan undang-undang sedia ada; dan
f) Melaporkan sebarang kerosakan/kemalangan yang berlaku kepada Pegawai Kenderaan.
KEPERLUAN PENDIDIKAN DAN KELAYAKAN AKADEMIK
Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG DIPERLUKAN
a) Lesen memandu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
b) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini termasuk kereta, van dan kenderaan pacuan empat roda.
GAJI
RM 1,218.00 - RM 2,939.00 (tidak termasuk elaun/imbuhan)
Tangga gaji bergantung kepada pengalaman dan kelayakan yang berkaitan.
TARIKH AKHIR PERMOHONAN
18 November 2022
Perbadanan Aset Keretapi (yang dahulu dikenali dengan akronim PAK) atau RAC merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan yang ditubuhkan di bawah Akta Keretapi 1991 (Akta 463) melalui Warta Kerajaan No.16, Jilid 36 pada 30 Julai 1992. Perbadanan ini mula beroperasi secara rasminya sebagai sebuah organisasi pada 1 Ogos 1992 serentak dengan pengkorporatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) menjadi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
RAC diwujudkan sebagai sebuah agensi milik Kerajaan untuk membantu industri perkeretaapian negara berkembang maju dan berdaya saing setanding dengan industri perkeretaapian di negara-negara maju. Hasrat ini dilaksanakan melalui penggubalan Akta Keretapi 1991 dan pemansuhan Ordinan Keretapi 1948.
Melalui penggubalan akta tersebut, segala aset kereta api yang dahulunya di bawah urus tadbir KTM dan tanah kereta api di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) adalah terletak hak kepada RAC, manakala operasi perkhidmatan kereta api dikendalikan oleh syarikat pengganti, iaitu KTMB.
PMR / PT3 or Equivalent
dudleyanddudleyllc.com is the go-to platform for job seekers looking for the best job postings from around the web. With a focus on quality, the platform guarantees that all job postings are from reliable sources and are up-to-date. It also offers a variety of tools to help users find the perfect job for them, such as searching by location and filtering by industry. Furthermore, dudleyanddudleyllc.com provides helpful resources like resume tips and career advice to give job seekers an edge in their search. With its commitment to quality and user-friendliness, dudleyanddudleyllc.com is the ideal place to find your next job.